Bengkel Tiktok & Shoppe untuk Usahawan

TikTok adalah aplikasi sosial yang digunakan untuk membuat dan berkongsi video. Banyak video cenderung berfokus pada muzik, dengan pencipta memanfaatkan katalog kesan bunyi, coretan muzik, dan penapis aplikasi yang luas untuk merakam klip pendek mereka menari dan menyegerakkan bibir. Tetapi ada banyak video yang tidak dapat dijumpai, dengan pelbagai topik.

Terdapat video DIY dan kerajinan, lakaran komedi, anda namakan. Sekiranya TikTok terdengar biasa, itu kerana terdapat aplikasi serupa yang muncul sebelumnya, seperti Vine dan Dubsmash. Oleh hal yang demikian kami mengadakan program ini adalah untuk membantu para usahawan kecil dalam memperkembangkan perniagaaan mereka melaui aplikasi digital TikTok dan Shoppe ini.

Pada 6hb Oktober 2022, bertempat di Ncer Kangar Perlis telah diadakan bengkel teknik edit poster stylo menggunakan aplikasi canva kepada semua usahawa-usahawan yang terlibat di Perlis. Oleh hal yang demikian kami telah menggunakan aplikasi canva ini untuk mengajar usahawan-usahawan ini bagaimana caranya untuk menghasilkan poster yang terbaik dengan menggunakan aplikasi canva.

Objektif Program :

Membantu usahawan dalam mempermosikan produk mereka melalaui aplikasi TikTok.
Mengajar dan membantu dalam membuat atau mngedit video menggunakan aplikasi TikTok.
Menekankan bahawa adanya aplikasi – aplikasi yang boleh dimanfaatkan untuk perniagaan mereka.
Bersama-sama membantu dalam mencipta video yang terbaik untuk menarik minat para pembeli
Menerangkan tentang tahap keberadaan aplikasi TikTok dan Shoppe ini dalam dunia perniagaan.
Kesan Menggunakan TikTok dan Shoppe kepada Usahawan

Dengan menajar dan membimbing mereka menggunakan aplikasi TikTok ini dapat memberi kesan baik kepada usahawan. Usahawan-usahawan kecil ini dapat mengetahui serba sedikit cara untuk membuat video dalam mempromosikan perniagaan mereka. Selain itu, mereka juga dapat mengedit video-video mereka menjadi lebih menarik untuk menarik lebih ramai lagi pembeli melihat atau membeli barangan mereka. Hal ini telah memberikan kesan positif kepada usahawan dan dapat memperkembangkan lagi perniagaaan-perniagaan mereka.

Kesimpualan

Kesimpulannya, penggunaan aplikasi TikTok dan Shoppe ini dapat memberikan impak yang baik kepada usahawan dan pembeli. Hal ini kerana usahawan-usahawan ini dapat membuka pandangan mereka dengan lebih luas kerana mereka dapat mencurah idea-idea mereka sendiri dalam untuk mempromosikan produk-produk mereka. Selain itu, mereka juga dapat menjimatkan masa dan wang mereka untuk memberi bayaran kepada orang lain untuk mengedit video atau gambar produk mereka. Secara keseluruhannya, dengan wujudkan aplikasi digital seperti TikTok dan Shoppe ini dapat memudahkan urusan usahawan-usahawan ini memperkenalkan dan memperkembangkan produk mereka.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *