Kelas Microsoft Word III

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia, Khamis 17 November 2022 – PEDi Jeram telah mengadakan Kelas Microsoft Word kepada pelajar sekolah menengah Kg. Jeram. Kelas ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam menyiapkan kertas kerja dalam subjek Bahasa Melayu. Kelas yang diberikan dapat membantu peserta menghasilkan laporan dengan lebih berkesan dan bermutu. Peserta boleh mencipta styles sendiri termasuklah membuat pengubahsuaian. Peserta diberi pendedahan yang lebih terperinci penggunaan dan maklumat layout tools yang ada. Peserta boleh membina jadual untuk memaparkan maklumat terperinci berdasarkan dokumen yang ada.

Kami di Pusat Internet Komuniti Jeram menyediakan kemudahan internet supaya dapat membantu komuniti setempat untuk mendapatkan informasi terkini terutamanya yang berkaitan dengan teknologi semasa. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan komuniti yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang matlamat utama Pusat Internet Komuniti ditubuhkan iaitu untuk merapatkan jurang antara penduduk di luar bandar dan juga di bandar.

Selain itu, turut diselitkan Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) agar peserta sentiasa berwaspada ketika melayari internet dan sentiasa menyemak setiap maklumat yang diperolehi bagi mengelakkan penyebaran maklumat palsu serta mengelakkan peserta menjadi mangsa penipuan internet.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *