Teamwork That Works!

Pengurusan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) iaitu Sprintz Designs Sdn. Bhd telah mengadakan latihan secara atas talian bertajuk ‘Teamwork That Works’ untuk staf Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) Putrajaya dan Linggi. Latihan ini telah dihadiri oleh 9 orang staf dari Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) Presint 9 Fasa 3, Presint 9 Fasa 10, Presint 16, Presint 18 dan Linggi.

Objektif kursus:

  1. Dapat memberi semangat berpasukan yang berkualiti didalam kalangan rakan sekerja
  2. Dapat mengenal pasti cara untuk mengendalikan dan menyelesaikan isu di tempat kerja dan rakan sekerja yang berkaitan dengan kerja berpasukan.
  3. Dapat membina hubungan kerja berpasukan yang baik bersama rakan sekerja.

Semasa sesi berlangsung staf-staf PEDi dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil untuk membincangkan kajian kes yang berkaitan dengan kepimpinan didalam kumpulan. Sesi petang, sesi diteruskan dengan kerja berkumpulan berdasarkan cara kita bekerja, aktiviti yang dijalankan seperti Bingo, Time Management Instruction, cara menyelesaikan masalah berpandukan kajian kes serta pembahagian tugasan didalam kumpulan.

Program ini telah diadakan sebanyak dua sesi, sesi pertama bermula pada pukul 09:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari dan sesi kedua 1:30 sehingga 5:00 petang. Trainer untuk latihan ini adalah Puan Cantiynia Ringos dari Redtone Sdn. Bhd.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *