Mengatasi Ketagihan Bermain Game Online

Hujung minggu yang bermanfaat. Pengurus PEDi Kg Taee telah menjemput pelajar dari sekolah rendah berdekatan untuk mendengar Advokasi Keburukan Bermain Game Online dan Cara Mengatasi Ketagihan Bermain Game Online.

Seramai enam orang pelajar telah hadir serta memberi tumpuan sepenuhnya semasa sesi penyampaian dijalankan. Sesi soal jawab juga dibuka jika mereka kurang faham serta memberi ruang kepada mereka untuk lebih memahami apa yang disampaikan.

Pelajar juga diketengahkan cara untuk mengatasi ketagihan bermain game online. Permainan game online lebih banyak keburukan daripada kelebihannya. Oleh yang demikian, pelbagai cara telah disampaikan bagi mengundang keburukan. Sebelum berakhir, En Jack telah membuat kuiz online menggunakan kahoot.

PEDi Kg Taee mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar kerana sudi memberi kerjasama sepanjang aktiviti dijalankan. Teruslah menyokong PEDi Kg Taee dan selamat maju jaya kepada adik-adik.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *