Cara Muat Turun Video Dari Youtube

Pada 26 November 2022, seorang komuniti sekitar PEDi telah datang untuk belajar cara muat turun video dari Youtube. Kelas yang berlangsung 1 jam dapat membantu Puan Ain untuk muat turun video yang beliau inginkan dan dipindahkan ke dalam pendrive.

Sebelum kelas dimulakan, Puan Ain diberi asas pengenalan cara untuk muat turun video terlebih dahulu. Staf PEDi membantu Puan Ain muat turun video melalui youtube downloader dan cara untuk memindahkan video-video yang telah dimuat turun ke dalam pendrive beliau. Kelas persendirian tersebut berjaya membantu Puan Ain untuk menerokai dunia ICT dengan lebih luas lagi.

Sepanjang penubuhan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Gong Kulim telah berjaya memainkan peranan membantu komuniti sekitar Kg Gong Kulim mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai golongan usahawan yang celik ICT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *