Penipuan Kewangan

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Batu Gajah dengan kerjasama bersama PEDi Lawang, PEDi Karangan dan PEDi Repek telah menyampaikan satu taklimat KDB dengan tajuk Penipuan Kewangan dalam satu sesi perkongsian langsung di Facebook menggunakan aplikasi Streamyard yang bermula jam 10.50 pagi hingga 11.50 pagi.Penipuan kewangan merupakan satu bentuk penipuan yang melibatkan aliran keluar masuk tunai sama ada secara dalam talian atau luar talian.

Kelicikan penjenayah siber mengeksploit perubahan teknologi dan menjerat mangsa secara kreatif melalui pelbagai modus operandi baharu, serta kesedaran masyarakat mengenai jenayah siber yang masih berada pada tahap sederhana, telah dikenal pasti sebagai antara punca kes jenayah tersebut meningkat. Oleh itu, pihak PEDi peka akan wujudnya keperluan untuk menyebar luas seberapa banyak ilmu pengetahuan kepada masyarakat supaya mereka dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa aktiviti jenayah terbabit.

Orang ramai dinasihatkan supaya melindungi maklumat peribadi mereka dan mengelakkan daripada memuat turun fail atau aplikasi daripada sumber yang tidak disahkan ke dalam peranti mudah alih. Diharapkan agar perkongsian ini dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada semua komuniti berkaitan penipuan kewangan yang semakin berleluasa.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *