Panduan Membuat Kad Undangan Menggunakan Power Point

PIK Batu Gajah telah mengadakan Panduan Membuat Kad Kahwin Menggunakan Power Point. Staff PEDi telah menunjukkan cara-cara bagaimana membuat kad undangan menggunakan Microsoft Power Point. Selain itu, dalam sesi telah diajarkan bagaimana menggunakan konsep bentuk yang memerlukan sedikit kreativiti individu untuk menghasilkan kad tanpa menggunakan sebarang applikasi canggih.

Sepanjang perkongsian ilmu tersebut, dapat dilihat keterujaan peserta untuk menguasai kemahiran menghasilkan kad yang terkini dan menarik hanya menggunakan Microsoft Power Point kerana sebelum ini kebiasannya peserta hanya membuat kad menggunakan Microsoft Word.

Semoga perkongsian tersebut dapat memberikan ilmu baru kepada peserta berkaitan ICT yang mana ilmu asas ICT tersebut sangat berguna. Di akhir sesi tersebut, PEDi Batu Gajah berharap perkongsian ini dapat memberikan pembelajaran baru kepada komuniti setempat agar sama-sama celik ICT dari masa ke masa.

Pihak PEDi juga sangat mengalu-alukan komuniti yang berminat untuk mendapatkan panduan dan ingin menggunakan fasiliti PEDi sebagai tempat untuk menimba ilmu ICT dan sebagai tempat memulakan perniagaan secara online. Diharapkan agar perkongsian lebih ramai komuniti menyedari kebaikan Pusat Internet Komuniti kepada komuniti setempat.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *