Masterclass Pemasaran

Jumaat – 9 Disember 2022, bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari, PEDi PPR Taman Malihah telah menyertai satu kemahiran ICT yang berfokus kepada Kelas Pemasaran iaitu cara memasarkan produk dengan lebih strategik. Kursus ini dibuat secara menyeluruh dan melibatkan staf dan Rakan Pupuk PEDi di seluruh negara. Aktiviti ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar cara memasarkan produk di kedai secara lebih strategic dan bbekesan.

Tujuan utama kelas adalah:

Dapat membantu usahawan atau bakal usahawan memperluas produk jualan ke serata dunia.
Membantu untuk meningkatkan pendapatan usahawan dan bakal usahawan itu sendiri.
Sebagai Pengurus atau Penolong Pengurus, latihan ini dapat menyumbang pengetahuan dan peningkatan ilmu dalam perniagaan secara lebih efektif dan berkesan.
Usahawan atau bakal usahawan akan memperoleh platform yang mudah dalam menjalankan perniagaan atau mengiklankan produk mereka.
Dapat menarik lebih banyak pelanggan dari serata dunia dengan hanya meletakkan produk atau kedai jualan di portal shopee.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *