Kelas keusahawan asas Shopee telah dijalankan pada 17 December 2022. Kelas ini dihadiri oleh komuniti sekuau. Kelas ini membantu peserta dalam mempromosikan dan memasarkan barangan jualan / produk mereka secara atas talian menggunakan platform Shopee.
Mereka juga dapat meningkatkan pengetahuan mereka untuk berniaga melalui platform ini secara tidak langsung dan mewujudkan minat peserta dalam menambah ilmu pengetahuan dalam penggunaan ICT dan dapat melahirkan usahawan yang berdaya saing secara maya.
Antara pelajaran yang ada adalah mencipta akaun seller,menyediakan profil kedai shopee,menambah produk ke dalam kedai,mencipta e-Wallet,cara memproses tempahan dan penghantaran,cara membuat pemasaran menggunakan SHOPEE Voucher, Promosi Diskaun, Add On Deal dan Bundle Deal.