Kelas Asas Shopee Sesi II

Pada 10 Disember 2022, Sabtu petugas PEDi telah mengadakan kelas shopee secara personal kepada seorang peserta ibu tunggal. Puan Siti Suzilawati merupakan antara peserta yang bersemangat tinggi untuk mendalami ilmu pengetahuan dan menjana pendapatan melalui platform e-dagang.

Puan Siti Suzilawati yang pernah menyertai kelas asas shopee sebelum ini, kini mengikuti kelas lanjutan bagi mendalami ilmu dan lebih mahir. Tambahan beliau perlu menambah beberapa produk ke dalam platform dan mengurus dengan baik. Peserta kemudian diajar cara untuk mendapatkan pautan yang akan digunakan untuk membuat posting di media sosial dan whatsapp broadcast.

Walaupun hanya diajar secara personal, namun petugas mengetahui masa adalah antara cabaran di kalangan usahawan untuk mereka mempelajari platform e-dagang. Petugas sedia untuk membantu usahawan bagi memenuhi hasrat mereka dan berkongsi ilmu yang ada.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *