Kursus Latihan Pengedali Makanan

Pada 17 Disember 2022, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Surau telah mengendalikan program Kursus Latihan Pengedali Makanan anjuran NZ Bunga Venture. Kursus yang diadakan di PEDi Kampung Surau berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Tujuan kursus ini diadakan bertujuan untuk memperatikan cara pengendalian makanan dalam perniagaan mereka terutamanya kepada peniaga makanan. Antara isi kandungan kursus ini adalah kebersihan makanan, keselamatan makanan serta faktor-faktor kritikal keracunan makanan. Kursus ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan PEDi kepada orang awam.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *