Pada 09 Disember 2022 jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari telah berlangsungnya satu Program PUPUK@Shopee 2022 Campaign – Online Class (Masterclass Pemasaran: Cara Memasarkan Produk Anda dengan Strategik) di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Pokok Jawi. Program ini dijalankan bertujuan untuk menyampaikan ilmu kepada penjual bagaimana untuk mula menjual di Shopee dengan rangkuman asas perniagaan dari membuka kedai Shopee, pemasaran untuk meningkatkan lalu lintas dan memenuhi pesanan.
Kelas ini juga dapat membantu pihak Pengurusan PEDi dalam menambahkan ilmu berkaitan Shopee untuk disampaikan kepada komuniti setempat. Program ini mengambil masa selama 2 jam.