Membuat Jadual Berwarna

Pada 28 Disember 2022, PEDi Kg Karangan telah mengadakan kelas asas Microsoft Word bersama 7 orang pelajar sekolah rendah bertempat di bilik latihan, PEDi Kg Karangan. Kelas ini bertujuan untuk membantu para pelajar supaya mahir menggunakan MS Word dan tahu menggunakan setiap ikon dan simbol dengan betul.

Melalui kelas ini, pelajar dikehendaki membuat jadual berwarna menggunakan MS Word dengan tunjuk ajar dari pengajar dan mengikut contoh yang dipaparkan di skrin utama. Di akhir kelas, turut diadakan kuiz Kahoot berkaitan MS Word bagi menguji tahap kefahaman pelajar berikutan pembelajaran yang telah diadakan.

Diharapkan supaya pelajar lebih berminat untuk menyertai sesi pembelajaran yang akan datang. Kakitangan PEDi Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berminat untuk mempelajari kemahiran komputer dan teknologi maklumat di PEDi Kg Karangan.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *