Kelas Keusahawanan

Pada hari Selasa, 03 Januari 2023 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Perasu telah mengadakan Kelas Keusahawanan bersama komuniti setempat yang dikendalikan oleh Rakan Digital PEDi Felda Perasu. Kelas ini dihadiri oleh seorang surirumah sepenuh masa, iaitu Puan Noraini Binti Ramlin. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di ruang utama PEDi Felda Perasu.

Sepanjang kelas dilaksanakan, peserta wanita ini didedahkan dengan ilmu-ilmu keusahawanan dan juga cara-cara pengendalian perniagaan. Perbincangan ini termasuk cara untuk membuat akaun pendaftar sebagai penjual atas talian dalam platform Shopee, membuka akaun Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan sebagainya. Peserta ini didedahkan dengan cara mempromosikan produk mereka melalui aplikasi-aplikasi yang betul dan cara pengiklanan yang berkesan melalui pameran poster, iklan barangan dan sebagainya.

Sepanjang kelas ini dijalankan, soalan-soalan yang diajukan dapat meningkatkan kefahaman peserta dan memudahkan urusan beliau pada masa akan datang. Peserta juga diberi nasihat dan pandangan mengenai keusahawanan secara efektif.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *