Program Pengenalan PEDi dan Advokasi

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Putrajaya yang terdiri daripada PEDi Presint 9 Fasa 3, PEDi Presint 9 Fasa 10, PEDi Presint 16 dan PEDi Presint 18 telah mengadakan program khas bersama Pelajar Baru Giat Mara Putrajaya bagi sesi 01/2023. Program ini bertujuan untuk memberi latihan ICT, Keusahawan dan Advokasi kepada para pelajar baru Giatmara.

Beberapa aktiviti dilaksanakan diantaranya ialah taklimat pengenalan PEDi dimana peserta diberi pendedahan kepada peranan dan fungsi PEDi kepada komuniti dan usahawan. Seterusnya penerangan mengenai modul – modul yang akan dipelajari oleh setiap pelajar bersama PEDi yang akan berlangsung selama 5 bulan bermula Januari 2023. Rakan Digital turut memberi penerangan dan motivasi untuk membuka minda pelajar menceburi bidang keusahawanan terutamanya perniagaan secara atas talian. Bagi sesi kedua, diadakan tayangan video Klik Dengan Bijak dan Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak & Check Your Label serta diakhiri dengan aktiviti kuiz kahoot untuk menguji pemahaman peserta mengenai topik tersebut .

Program berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan diakhir sesi diadakan penyampaian hadiah bagi aktiviti kuiz kahoot serta sesi bergambar bersama pelajar Giatmara Putrajaya yang melibatkan seramai 21 orang pelajar dan 6 orang petugas PEDi Putrajaya.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *