Pusat Ekonomi Digital RAKR Kusial Bharu telah mengadakan satu kelas Shopee bagi memberi penerangan kepada usahawan setempat yang ingin belajar menggunakan aplikasi Shopee bagi mengembangkan perniagaan mereka secara atas talian. Seramai 5 orang usahawan telah datang ke Pusat Ekonomi Digital RAKR Kusial Bharu Aplikasi. Usahawan yang hadir telah diberi penerangan oleh Pengurus PEDi RAKR Kusial Bharu iaitu Encik Nik Ayub mengenai perisian Shopee.
Di samping itu, ada juga beberapa usahawan telah mendatfar pada hari tersebut dan menggunakan ilmu yang diberikan kepada mereka. Mereka juga telah dilatih bagaimana ingin menyunting beberapa perkara asas seperti kos penghantaran dan penggunaan kod diskaun bagi kedai mereka. Pembuka kelas asas bagi tahun 2023 siri 1 ini telah menarik minat pelbagai pihak dan masyarakat setempat kerana kejayaan ramai usahawan pada tahun 2022 yang berjaya mengembangkan perniagaan mereka dan membantu meningkatkan pendapatan mereka.