Program Gotong Royong

Program Gotong Royong membersihkan Bangunan Gunasama Kerajaan 2023 berlangsung selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 Januari 2023 bagi membersihkan Bangunan Gunasama Kerajaan yang diduduki oleh RELA, PEDi, POS Malaysia, JBALB, Jabatan Pendaftaran serta kawasan persekitarannya. Program bermula dari pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari di perkarangan bangunan Pejabat Daerah Lama Daro.

Antara matlamat program ini adalah untuk memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain, memudahkan tugasan atau kerja, menjamin kebersihan persekitaran, mewujudkan persekitaran yang cantik dan teratur, melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab serta menjimatkan perbelanjaan dan kos penyelenggaraan.

Seramai 16 orang peserta yang merupakan kakitangan dan para ahli RELA Daro, kakitangan serta ahli PEDi Daro serta kakitangan POS Malaysia Daro dan JBALB Daro.

Diharapkan agar program seperti ini akan terus dijalankan pada masa akan datang kerana memberi begitu banyak manfaat kepada masyarakat sekitar.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *