Canva-Resume & Poster Produk

Jumaat – Pusat Ekonomi Digital, PEDi Putrajaya telah mengadakan modul permulaan untuk sesi 1/2023 bersama pelajar Giatmara Putrajaya di PEDi Presint 9 Fasa 10 bertajuk Modul Canva untuk membuat resume dan poster produk perniagaan.

Modul Canva untuk Resume di kendalikan oleh Puan Noranis, Penolong Pengurus PEDi Presint 18. Pelajar Giatmara mempelajari cara-cara membuat resume di laman web canva.com. Kelas dimulakan dengan pelajar diperkenalkan mengenai laman web canva yang mempunyai pelbagai fungsi seperti menyunting video, mengedit gambar, dan juga membuat banner dan poster.

Program diikuti Kelas Poster Produk yang dikendalikan oleh Puan Dahiyah, Penolong Pengurus PEDi Presint 16 diadakan untuk pelajar mempelajari cara membuat poster produk perniagaan yang menarik. Seterusnya, aktiviti tugasan selama 1 jam diberikan untuk menyiapkan resume dan poster produk. Pelajar wajib menghantar tugasan di emel yang telah diberikan dan sesi tugasan ini dibantu oleh staf PEDi Putrajaya.

Program bermula pada jam 10:00 pagi hingga 12:30 tengah hari. Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah untuk 3 poster tercantik dan sesi bergambar bersama pelajar Giatmara dan staf PEDi. Seramai 20 orang pelajar dan seorang guru Giatmara menyertai kelas ini.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *