Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

Sabtu bersamaan 28 Januari 2023, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Spaoh (PEDi Spaoh) telah mengadakan kelas “Advokasi: Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak”. Tujuan kelas tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai gangguan seksual terhadap golongan kanak-kanak. Kelas yang berlangsung selama satu jam tersebut memberi banyak kebaikan kepada para pelajar yang hadir. Seramai enam orang pelajar sekolah rendah telah hadir ke kelas tersebut.

Pelajar seharusnya diberi pendedahan tentang gangguan seksual yang mungkin berlaku terhadap mereka, sejak awal lagi. Hal ini demikian kerana mereka boleh mengelakkan perkara buruk terjadi sekiranya mereka tahu tindakan dan langkah yang betul, yang perlu diambil.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam kelas tersebut ialah:

Definisi gangguan seksual.
Punca berlakunya gangguan seksual.
Kesan gangguan seksual.
Bahagian badan yang boleh disentuh dan tidak boleh disentuh.
Tindakan/langkah yang perlu diambil sekiranya didekati oleh individu yang ingin menyentuh, memegang atau melihat bahagian badan yang tidak boleh disentuh.
Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya kelas tersebut, para pelajar dapat memperolehi sedikit pengetahuan tentang isu ini dan mampu melindungi diri daripada pemangsa seksual kanak-kanak.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *