Bengkel TikTok Affiliate

Pada 03 Februari 2023, Jumaat PEDi Gunung Hilir dengan kerjasama Rakan Digital telah mengadakan Bengkel TikTok Affiliate kepada usahawan tempatan. Bengkel yang berlangsung selama 2 jam 30 minit ini dimulakan dengan sesi Taklimat Klik Dengan Bijak dengan tajuk Penipuan di Internet sebelum sesi bengkel bermula.

Bengkel ini adalah sesi lanjutan daripada bengkel yang lepas iaitu TikTok Shop dimana para peserta diberi tunjuk ajar untuk membuat TikTok Affiliate. Bengkel ini bertujuan untuk menambah pendapatan peserta dengan komisen yang telah ditetapkan oleh usahawan itu sendiri.

Peserta juga diberi tunjuk ajar untuk membuat Live dan mempraktikkan secara langsung supaya mudah difahami. Para usahawan juga diajar untuk berinteraksi bersama follower untuk memperkenalkan produk meraka.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *