Pertandingan Mencipta Logo Pelancongan Batu Pahat

Majlis Perbandaran Batu Pahat telah melancarkan sebuah pertandingan Mencipta Logo untuk pelancongan bagi daerah batu pahat. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di daerah batu pahat, peserta juga dibenarkan untuk menghantar seberapa banyak rekabentuk logo kepada pihak penganjur. Para peserta juga perlulah membuat reka bentuk logo mengikut kreativiti diri tanpa mengambil idea dari pihak lain yang telah diterbitkan sama ada dari media cetak ataupun media digital.

Oleh yang demikian, mana – mana individu yang berminat untuk menyertai pertandingan logo yang dianjurkan, boleh melakukan imbasan QR Kod pada poster ataupun pautan https://forms.gle/s8ByoaiTqPsBGLYB6 untuk pendaftaran.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *