Cara Daftar myJPJ

Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mengumumkan mulai 10 Februari 2023, orang ramai tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan di kenderaan (roadtax) dan lesen memandu mereka sebaliknya menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau aplikasi telefon pintar MyJPJ. Pelaksanaan tindakan ini adalah selaras dengan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras JPJ, iaitu cukai jalan dan lesen memandu oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, PEDi Kesedar Lebir telah memuat naik video tutorial cara untuk membuat pendaftaran akaun MyJPJ secara atas talian melalui aplikasi MyJPJ.Pengguna boleh melakukan pendaftaran akaun tanpa perlu hadir ke pejabat JPJ. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi myJPJ di telefon bimbit mereka.

Dengan adanya tutorial ini diharap dapat membantu komuniti sekiranya mereka ingin membuat pendaftaran dengan hanya menggunakan telefon bimbit mereka.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *