Kesedaran Penggunaan Internet dan Media Massa

PEDi Kluster Langkawi telah dijemput ke Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri untuk memberi taklimat perkongsian tentang ‘Kesedaran Penggunaan Internet Dan Media Massa’ kepada pelajar Tingkatan 2. Taklimat yang berlangsung selama dua jam ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada pelajar terhadap ancaman jenayah siber seksual yang mensasarkan golongan kanak-kanak dan remaja sebagai mangsa.

Pelajar juga mempelajari tindakan yang perlu diambil sekiranya mereka berada di dalam situasi tersebut dan kesan daripada jenayah ini. Selain itu, pelbagai aktiviti berkumpulan disediakan kepada pelajar bagi menguji kefahaman mereka mengenai topik yang dibincangkan. Program ini dihadiri seramai 78 orang pelajar dan 7 orang wakil petugas PEDi bagi menjayakan program tersebut.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *