Kelas Kreatif Origami

Kelas Kreatif Origami telah diadakan di bilik training PEDi Felda Perasu pada hari Sabtu, 18 Februari 2023. Kelas ini berlangsung selama sejam setengah, iaitu bermula jam 10.30 pagi hingga 12 tengah hari. Kelas ini disertai oleh 7 peserta yang merupakan ahli PEDi Felda Perasu ini sendiri.

Para peserta diberikan tugasan untuk membuat beberapa jenis origami mengikut kreativiti sendiri dengan berpandukan aplikasi Youtube. Para peserta diberi masa selama 45 minit membuat origami dan menggunakan bahan-bahan yang diberikan seperti kertas warna, gunting, gam dan juga pen.

Para pemenang diberikan hadiah sebagai penghargaan di atas hasil kreativiti yang mereka hasilkan. Para peserta dapat mempelajari seni dengan lebih seronok dan santai. Tambahan pula, para peserta dapat menonjolkan kreativiti mereka masing-masing.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *