Membuat Logo dan Kad Hari Jadi

Kelas Canva : Membuat Logo dan Kad Hari Jadi ini berlangsung dengan sangat meriah. Kelas ini telah berlangsung dari jam 10.30 pagi sehingga 12 tengah hari dengan kehadiran 9 orang peserta yang berumur 10 hingga 13 tahun.

Tujuan kelas ini adalah untuk memberikan pendedahan serta pengetahuan aplikasi Canva ini kepada para peserta. Hal ini demikian kerana, aplikasi Canva ini akan digunakan pada masa hadapan dan ianya sangat mudah untuk digunakan. Kebanyakan dari para peserta sangat kreatif dalam mereka logo serta kad hari jadi menggunakan template yang sedia ada.

Diharapkan kelas seperti ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang terlibat dan mengharapkan lebih banyak aktiviti ilmu diadakan bersama mereka kelak.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *