Toturial Belajar Menggunakan Tablet

Bagi membantu proses pembelajaran mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyediakan sebuah peranti ‘tablet’ percuma kepada setiap pelajar IPT melalui Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di bawah Belanjawan 2022.

Selaras dengan perubahan semasa, pada 01 November 2022, setiap pusat ekonomi digital (PEDi) telah dibekalkan sebanyak 10 biji tablet untuk kegunaan warga komuniti setempat bagi pembelajaran menggunakan tablet untuk menambah pengetahuan selain menggunkan komputer yang terdapat di pusat internet.

Tablet yang diberi oleh kerajaan dan disediakan oleh pihak Pusat Ekonomi Digital (PEDi) hanya boleh digunakan di dalam Pusat Internet sahaja. Kegunaan tersebut telah disediakan dengan mendaftar sebagai pemimjam dan tidak melebihi 3 jam bagi satu sesi penggunaan.

Selain digunakan untuk kegunaan warga komuniti setempat, pihak PEDi telah mengadakan kelas ICT cara- cara menggunakan tablet bermula daripada mendaftar masuk tablet tersebut.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *