Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menganjurkan sesi taklimat Program Taklimat Pendaftaran Melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma peringkat nasional di bawah Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) kepada wakil dan usahawan Pusat Ekonomi Digital(PEDi).
Taklimat ini bertujuan untuk memperkenalkan SPPP kepada kepada golongan sasaran iaitu usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran dan sebagainya secara sepenuh masa dan mengikuti pengajian di dalam negara termasuk mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan inisiatif ini.
Sesi taklimat yang dijalankan secara maya dengan menggunakan platform Microsoft Team ini telah disampaikan oleh wakil dari pihak SSM dengan mengambil masa selama 1 jam 30 minit bermula jam 10 pagi hingga 12:00 tengahari.