Slaid Menarik Keluarga Saya

Ahad bersamaan 29 Januari 2023, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Spaoh (PEDi Spaoh) telah mengadakan “Kelas ICT: Microsoft PowerPoint (Slaid Menarik Keluarga Saya).” Tujuan kelas tersebut diadakan adalah untuk melatih para pelajar yang hadir cara untuk menghasilkan slide pembentangan yang menarik. Kelas tersebut dihadiri oleh 6 pelajar. Kelas tersebut diadakan selama 2 jam bermula pada pukul 10 pagi sehingga 12 tengahari.

Antara kelebihan Power Point

-Menyediakan jenis template yang konsisten dan kemas.
-Menyediakan operasi yang mudah untuk mengorganisasikan kesemua elemen reka bentuk, latar, warna, corak serta aturan perisian.
-Menambah gambar atau objek ke dalam slaid yang disediakan bila-bila sahaja.
-Dapat melahirkan animasi slaid.

Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya kelas ICT sebegini mampu membantu para pelajar untuk belajar lebih mendalam berkenaan Microsoft PowerPoint sekaligus dapat memberikan ruang untuk mereka belajar menghasilkan slaid yang cantik dan menarik.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *