Tutorial membuat logo menggunakan Canva

Pada 22 Februari 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Chengal telah didatangi warga setempat bagi membuat logo menggunakan Canva. Canva merupakan alat rekabentuk grafik dalam talian yang percuma untuk digunakan, terdapat pelbagai kemudahan dan template yang disediakan Canva. Tutorial membuat logo mengunakan Canva ini bertujuan mengajar komuniti mengenali tools dan fungsi yang terdapat dalam perisian tersebut.

Di dalam sesi ini, warga Kg. Chengal dapat meningkatkan daya kreativiti menerusi penggunaan template logo yang disediakan dalam perisian Canva, cara mengubah logo mengikut kesesuaian yang mereka inginkan dan menyimpan hasil kerja mereka. Tutorial ini juga dapat menggalakkan warga setempat menggunakan perisian Canva dengan mudah dalam proses pembelajaran pada masa akan datang.

Tutorial tersebut dibimbing oleh RD Chengal iaitu Cik Asyidah dan Encik Faris selaku AM PEDi Kg. Chengal. Akhir sekali, mereka sangat berpuas hati dengan logo yang dihasilkan menggunakan perisian tersebut.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *