Kelas Asas Tik Tok

Rakan Digital PEDi Padang Rengas dengan kerjasama Rakan Digital PEDi Changkat Jering telah menganjurkan Kelas Asas Tik Tok, Tik Tok Shop & Tik Tok Affiliate kepada komuniti dan usahawan yang berminat di PEDi Changkat Jering.

Kelas yang dijalankan pada 9 Mac 2023 yang lalu bertujuan untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada usahawan dan komuniti yang terlibat mengenai cara penggunaan aplikasi Tik Tok untuk kegunaan harian dan juga untuk menjana pendapatan. Para pengguna boleh menggunakan aplikasi samada untuk mempromosikan dan memasarkan produk sendiri ataupun menjadi dropship atau affiliate di aplikasi Tik Tok.

Di harapkan dengan ilmu yang diperoleh semasa program ini, para peserta dapat menggunakan aplikasi untuk memajukan diri masing-masing.

Maklumat lanjut, sila layari http://padangrengas.pimaxis.my/aktiviti/2023/10Mac23_090323.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *