PEDi Nanga Sekuau telah mengajurkan Kelas Advokasi pada 4 Mac 2023 yang lalu. Kelas ini dibuka untuk komuniti Sekuau. Kelas berlangsung di Bilik Latihan PEDi Nanga Sekuau selama satu jam bermula dari 9 pagi dan tamat pada jam10 pagi. Untuk kali ini, pelajar didedahkan dengan maksud modul yang dipelajari iaitu Modul Semak Fakta dimana mereka disarankan agar tidak mudah percaya dengan maklumat yang terdapat dalam laman sosial terutamanya seperti facebook dan sebagainya.
Para peserta juga dinasihatkan supaya tidak mudah untuk berkongsi maklumat yang tidak pasti terutamanya di laman sosial. Mereka juga diajar cara bagaimana untuk menyemak fakta sebelum berkongsi dan menyebarkan maklumat yang salah. Kakitangan PEDi memberi kefahaman yang mendalam berkaitan dengan modul yang diajar mereka dengan mempertontonkan video yang berkaitan kepada para pelajar.
Maklumat lanjut sila layari http://nangasekuau.pimaxis.my/aktiviti/2023/ChkFactMac.html