Bengkel TikTok Shop & Affiliate

PEDi Gunung Hilir dengan kerjasama Rakan Digital telah mengadakan Bengkel TikTok Shop & Affiliate kepada usahawan tempatan. Bengkel diadakan pada 17 Mac 2023 yang lalu berlangsung selama dua jam 30 minit. Ia dimulakan dengan sesi pengenalan PEDi dan suai kenal bersama para peserta sebelum sesi bermula.

Setiap peserta dikehendaki memuat turun aplikasi TikTok Seller bagi memudahkan sesi bengkel berlangsung. Peserta perlu membuat pendaftaran secara individu atau syarikat bagi menjual produk di platform TikTok. Usahawan turut diajar cara memuatnaik produk dan butiran produk di TikTok Shop. Peserta juga diberi tunjuk ajar untuk membuat Live dan mempraktikkan secara langsung supaya mudah difahami. Para usahawan juga diajar untuk berinteraksi bersama follower untuk memperkenalkan produk meraka.

Kini, kelebihan TikTok untuk para usahawan adalah tidak perlu mempunyai follower yang ramai untuk memulakan perniagaan. TikTok Shop Malaysia memberi banyak kelebihan kepada penjual dan pengguna aplikasi TikTok. Bengkel ini memudahkan para usahawan untuk menjana pendapatan dengan mengikuti perkembangan platform semasa serta mampu menambah pendapatan peserta dengan komisen yang telah ditetapkan oleh usahawan itu sendiri.

Maklumat lanjut sila layari http://gununghilir.pimaxis.my/aktiviti/2023/21Mac23_170323ii.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *