Kelas Deko bersama Usahawan

Pada hari Jumaat yang lalu, 25 Mac 2023, PEDi Lawang dan PEDi Batu Gajah sekali lagi kali berpeluang bekerjasama dengan Rakan Digital menjayakan Program Keusahawanan. Kelas Deko Bersama Usahawan ini diadakan di PEDi Batu Gajah selama dua jam bermula pukul 10 pagi hingga 12.00.

Bila tiba musim konvokesyen, majlis keraian dan sambutan hari lahir, hadiah atau buah tangan yang paling mudah dan menjadi ikutan sekarang adalah jambangan “bouquet” bunga, jambangan coklat, buah-buahan dan sebagainya. Hadiah-hadiah ini nampak menarik dan cantik sebab itulah menjadi ikutan sekarang. Hadiah ini juga boleh digubah sendiri mengikut kreativiti serta menjimatkan dan tidak mahal.

Satu sesi kelas keusahawan telah dijalankan di PEDi Batu Gajah iaitu Kelas Deko Jambangan Hadiah Hari Jadi. Jadi tidak perlu lagi keluarkan bajet yang banyak untuk membuat tempahan di kedai dan lebih menjimatkan. Sesi ini berlangsung selama dua (2) jam. Usahawan perlu menyediakan barang-barang yang ingin digubah antaranya gunting, reben, bakul, salotep, kertas, belon dan barang-barang untuk dijadikan hadiah. Para usahawan diajar langkah demi langkah gubahan mengikut kreativiti usahawan itu sendiri untuk menyiapkan jambangan hadiah.

Kelas ini diadakan supaya para staf dapat membantu komuniti setempat atau usahawan-usahawan lain sekiranya memerlukan bantuan tunjuk ajar dalam dunia perniagaan “bouquet” yang semakin popular sekarang ini. Semoga perkongsian kelas keusahawanan ini memberi manfaat kepada semua.

Maklumat lanjut sila layari http://kglawang.pimaxis.my/aktiviti/2023/24Mac23_250323.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *