Slidesgo

Kelas Powerpoint Slidesgo ini telah dilaksanakan pada hari Jumaat, iaitu 24 Mac 2023. Kelas ini dihadiri oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Perasu yang dilaksanakan di ruang utama PEDi Felda Perasu. Kelas ini bermula dari pukul 10 pagi sehingga 11.30 pagi, iaitu berlangsung selama satu jam setengah.

Para pelajar diperkenalkan dengan aplikasi slidesgo, di mana para pelajar boleh mengakses dan menyunting template yang tersedia dan dapat dimuat turun secara percuma. Aplikasi ini menyediakan bahan untuk persembahan pembentangan dengan memberikan template-template yang menarik mengikut kesesuaian subjek dan pelajaran.

Sepanjang kelas ini berlangsung, para peserta diberi tunjuk ajar mengenai cara penggunaan aplikasi slidesgo melalui cara pemilihan template yang sesuai, menyunting dan menambah animasi dan corak yang baik pada template. Aplikasi ini amat membantu pelajar sebagai bahan bantu belajar di dalam bilik darjah.

Maklumat lanjut sila layari http://feldaperasu.pimaxis.my/aktiviti/2023/24Mac23_240323.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *