Tatacara Mengemaskini Maklumat Data Sumbangan Tunai Rahmah

Pada 19 Mac 2023, satu kelas Website Individu telah diadakan di PEDi Pasir Pandak. Kelas ini hanya melibatkan seorang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Tabika KEMAS Kg Pasir Pandak. Kelas bermula pada pukul 900AM serta tamat pada pukul 1000AM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara mengemaskini maklumat data peribadi peserta untuk bantuan Sumbangan Tunai Rahmah yang dimaklumkan oleh kerajaan baru-baru ini. Peserta diajar dan dibimbing sepenuhnya untuk melakukan perkara tersebut. Peserta juga dimaklumkan bahawa permohonan tersebut pada kebiasaannya perlu dikemaskini setiap tahun jika peserta pernah menerima bantuan sebelum ini bagi mengelakkan perkara sulit berlaku.

Kelebihan kelas ini ialah peserta secara langsung dapat ilmu mengenai mengemaskini maklumat data peribadi peserta untuk bantuan Sumbangan Tunai Rahmah.Ini merupakan kebaikan juga kepada peserta itu sendiri dan penting kerana apabila beliau ingin mengulangi perkara yang sama pada masa akan datang, beliau dapat mempraktikkan ilmu yang telah diberikan kepadanya.

Ini juga penting agar bantuan yang disalurkarkan oleh kerajaan kepada beliau adalah lancar dan mudah jika data yang dikemaskini adalah betul dan tepat.

Maklumat lanjut sila layari http://kgpasirpandak.pimaxis.my/aktiviti/2023/24Mac23_190323.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *