Permohonan Bantuan eAgihan MAIK

Pada 26 Mac 2023, seramai 3 orang komuniti telah datang ke PEDi Gong Kulim untuk membuat permohonan bantuan MAIK secara atas talian. Kelas tersebut berlangsung selama 1 jam. Staf PEDi membantu komuniti tersebut mengisi bantuan melalui laman web https://eagihan.e-maik.my/ .

Pada permulaannya, staf membantu peserta cara untuk mengisi maklumat di laman berkenaan untuk membuat semakan sekiranya beliau layak atau tidak mengikut jenis bantuan yang ingin dipohon. Sekiranya beliau layak memohon, staf PEDi akan memberi tunjuk ajar cara untuk ke langkah seterusnya iaitu mengisi segala jenis maklumat yang diperlukan sehingga selesai. Selain itu, staf PEDi turut membantu peserta cara untuk muat naik dokumen-dokumen yang diperlukan seperti yang diminta sehingga permohonan selesai di pohon.

Sepanjang penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gong Kulim telah berjaya memainkan peranan membantu komuniti sekitar Kg Gong Kulim mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai golongan usahawan yang celik ICT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *