Program E-Usahawan

Pada 13 – 14 Mac 2023 yang lalu, PEDi Padang Besar Selatan telah mengadakan Program E-Usahawan Giatmara Kursus Teknologi Automotif bagi pelatih Giatmara Arau dan Padang Besar. Program ini adalah kerjasama antara Giatmara, PEDi Padang Besar Selatan, PEDi Pokok Jawi dan PEDi Kampung Surau.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memantapkan ilmu dan kemahiran peserta dalam bidang ICT dan pengurusan maklumat dan memupuk nilai usahawan di kalangan peserta. Antara modul yang diajar oleh staf PEDi kepada pelajar Giatmara sepanjang dua hari diadakan adalah asas keusahawanan seperti “Online Marketing, Facebook Page, Create Presentation Slide, Product Photography, Microsoft Office, Canva, Business Plan .”

Menerusi aktiviti ini, peserta terutama golongan belia dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari bagi mempersiapkan diri sebagai seorang usahawan. Aktiviti bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Program ini telah memberikan gambaran yang lebih jelas kepada peserta tentang peranan dan fungsi PEDi dari aspek pengukuhan aktiviti e-Dagang, inisiatif memperkasa usahawan bagi memacu ekonomi digital dan membantu usahawan menjalankan perniagaan di platform digital.

Maklumat lanjut sila layari http://pokokjawi.pimaxis.my/aktiviti/2023/28Mac23_140323.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *