PEDi Sibuti telah mengadakan program kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada 24 Mac 2023 yang lalu. Objektif utama program ini untuk mengajak dan mendedahkan komuniti untuk terlibat dalam penggunaan ICT secara lansung. Pada masa yang sama, program ini juga membantu komuniti meningkatkan penggunaan komputer mereka.
Program ini dapat membantu komuniti untuk mengemaskini permohonan mereka secara atas talian tanpa perlu beratur panjang. Program tersebut telah diadakan di PEDi Sibuti dan telah berlangsung dari 9.00 pagi sehingga 12 tengah hari. Seramai 18 orang komuniti setempat yang telah menyertai program ini.
Maklumat lanjut sila layari http://sibuti.pimaxis.my/aktiviti/2023/26Mac23_260323.html