Belajar Membuat Surat Perjanjian

Pada 31 Mac 2023, satu kelas individu telah diadakan. Puan Rabiyah binti Mahadi merupakan seorang usahawan PEDi Linggi yang mengusahakan perniagaan Homestay dan baru menceburi bidang Ejen Hartanah.

Beliau datang ke PEDi Linggi untuk belajar cara membuat surat perjanjian jual beli dan perjanjian bayaran komisyen jualan. Kedua dokumen ini amatlah penting di dalam urusan penjualan tanah dan haruslah dibuat secara rasmi dan betul agar segala urusan penjualan dan pembayaran tidak akan menimbulkan sebarang masalah pada masa hadapan.

Oleh itu, Penolong Pengurus PEDi Linggi mengajar Puan Rabiyah membuat dokumen tersebut menggunakan Microsoft Word menggunakan format surat yang betul. Kelas ini telah berlansung selama 2 jam.

Maklumat lanjut sila layari http://linggi.pimaxis.my/aktiviti/2023/PCRabiyahMac.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *