Kursus Latihan Pengendali Makanan

Pada 1 April 2023 (Sabtu), PEDi Kg. Jeriah dengan kerjasama NZ Bunga Venture telah melaksanakan Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 9 pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 12:30 petang. Kursus tersebut telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Seramai 18 orang peserta telah menyertai kursus ini dimana 14 orang peserta telah hadir secara fizikal di PEDi Kg Jeriah manakala 4 orang pula telah menghadiri kursus ini secara atas talian di rumah.

Matlamat utama kursus Latihan Pengendali Makanan ini adalah untuk mendedahkan para peserta dengan cara penyediaan makanan yang betul, kebersihan dan keselamatan makanan serta faktor – faktor kritikal keracunan makanan. Selepas selesai setiap sesi, para peserta kursus Latihan Pengendali Makanan akan diberikan kuiz bagi menguji tahap kefahaman para peserta terhadap perkara yang telah dipelajari sepanjang kursus berlangsung.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti dan diharapkan sokongan ini akan berterusan seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Maklumat lanjut sila layari http://kgjeriah.pimaxis.my/aktiviti/2023/FoodHandlingApr.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *