Kelas Anyaman

Pada 1 April 2023 telah berlangsung dengan jayanya Program/Kelas Anyaman Siri 1/2023 bersama usahawan Anzura Collection bertempat di PEDi Kg Taee Sarawak. Walaupun ini merupakan kelas pertama untuk beliau mengajar namun beliau sangat teliti dalam mengajar langkah demi langkah dalam menganyam.

Tahniah diucapkan kepada Usahawan/Pengajar kerana sudi berkongsi ilmu dan semoga sentiasa dipermudahkan dan murah rezeki dalam perkerjaan dan perniagaan beliau.

Semua peserta telah menyiapkan hasil anyaman mereka sendiri dengan begitu teliti dan berjaya membawa satu seorang hasil tangan anyaman bakul. Semua peserta telah diberikan sijil penyertaan bagi menandakan telah berjaya menghabiskan kelas anyaman dengan jayanya.

PEDi Kg Taee berharap kelas-kelas seterusnya dianjurkan mendapat sambutan yang baik serta membantu komuniti untuk lebih berjaya dalam perniagaan. Kami akan sentiasa mengemaskini aktiviti/kelas facebook page PEDi Kg Taee yang akan dianjurkan kelak dari semasa ke semasa.

Maklumat lanjut sila layari http://kgtaee.pimaxis.my/aktiviti/2023/AnzuraCollectApr.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *