Jelajah Solat Terawih Mukim Kulai

Pada 29 Mac 2023 yang lalu, Ybhg. Tuan Haji Zainor Bin Adani, Pegawai Daerah Kulai dan rombongannya telah hadir ke Masijid Jamek Nurusaadah untuk menjayakan Siri Jelajah Solat Terawih ke Mukim-Mukim Daerah Kulai. Turut diadakan dalam siri lawatan ini adalah penyampaian sumbangan oleh Majlis Agama Islam Daerah Kulai kepada 20 orang penerima terdiri daripada golongan asnaf dan mereka yang kurang berkemampuan. Majlis ini telah bermula seawal 6.00 petang.

Turut serta dalam siri lawatan ini ialah YB Datuk Hj Mohd Jafni Bin Mohd Shukor, ADUN Bukit Permai, Kadi Daerah Kulai, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai, barisan Pegawai Tadbir Negeri Johor, wakil-wakil Ketua Jabatan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Kulai.

Maklumat lanjut http://feldataibandak.pimaxis.my/aktiviti/2023/JelajahTerawihMac.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *