Kajian Untuk Program PANDEi

Berlansung dengan jayanya Kaunter Klinik Reading Kits dan Kajian untuk Program PANDEi di PEDi Kg Taee. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya buat penganjur iaitu PUSTAKA Negeri Sarawak yang telah sudi membuat program untuk kali ketiga. Tidak juga dilupakan terima kasih buat Persatuan Wanita Kg Taee dan pelajar GIATMARA Serian kerana sudi menjadi responden untuk Program PANDEi. Selain kajian dibuat untuk Program PANDEi, Kaunter Klinik Reading Kits juga dibuka secara ‘walkin’.

Selain itu, program dimeriahkan lagi dengan kehadiran barisan guru dari sekolah rendah terdekat telah hadir untuk mengambil peluang mengambil kits ini secara percuma. Sambutan amat menggalakkan sehingga Kaunter Klinik Reading Kits ini telah dibuat sebanyak tiga kali di sini.

Sekali lagi PEDi Kg Taee mengucapkan jutaan terima kasih buat PUSTAKA Negeri Sarawak kerana sudi menganjurkan program yang sangat bagus untuk komuniti disini. Kalau ada sumur diladang bolehlah menumpang mandi. Kalau ada umur yang panjang bolehlah berjumpa lagi.

Maklumat lanjut http://kgtaee.pimaxis.my/aktiviti/2023/ReadingKItApr.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *