Taklimat Tablet PEDi Fasa 3

Untuk makluman, Peranti Tablet di PEDi merupakan salah satu inisiatif daripada MCMC bagi memberi kemudahan kepada pengguna yang menjadi ahli PEDi untuk mengakses perkhidmatan jalur lebar menggunakan peranti tablet yang disediakan di PEDi.

Pada tahun lepas, Pejabat MCMC Negeri Sarawak telah mengedarkan Peranti Tablet PEDi dalam arus Fasa Ke2 yang telah melibatkan 35 buah PEDi terpilih di seluruh negeri Sarawak. Kini pengagihan ini diteruskan lagi dengan Fasa 3 yang mana akan melibatkan baki 98 buah PEDi di seluruh Sarawak.

Pihak MCMC Negeri Sarawak akan mula membuat acara taklimat dan disusuli dengan proses pengagihan peranti tablet tersebut ke PEDi terpilih ini bermula minggu hadapan. Untuk makluman juga, proses pengagihan peranti tablet di kawasan Zon Selatan akan diadakan secara berpusat di dua kawasan iaitu Pejabat MCMC Sarawak (Kuching) dan PEDi Kg Baru Hilir Sri Aman (untuk PEDi di bawah Kawasan Sri Aman dan Betong).

Manakala itu, pengagihan untuk Zon Tengah dan Zon Utara akan diselaraskan oleh Pejabat-pejabat Cawangan MCMC di Sibu, Miri dan Bintulu masing-masing.

Maklumat lanjut http://kgtaee.pimaxis.my/aktiviti/2023/TbltPEDiApr.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *