Kelas Asas Microsoft Excel

Pada 15 April 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Excel yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah.

Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang peserta. Dalam kelas ini, peserta telah dibimbing dengan cara penggunaan Microsoft Excel dan pengiraan ringkas. Selain itu, peserta juga diberikan latihan Excel bagi meningkatkan lagi pemahaman para peserta dengan asas pengiraan dalam Microsoft Excel. Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Maklumat lanjut http://kgjeriah.pimaxis.my/aktiviti/2023/ExcelApr.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *