Monthly Archives: April 2023

Permohonan Baru dan Kemaskini STR

PEDi Tanjung Piai telah melakukan inisiatif tambahan dengan membuat hebahan mengenai permohonan baru dan kemaskini mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. STR yang telah dijenamakan semula dari Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini boleh dilakukan secara dalam talian atau pun penghantaran secara manual. Memandangkan STR ini boleh dilaksanakan secara dalam talian …

Read More »

Kursus Latihan Pengendali Makanan

Pada 1 April 2023 (Sabtu), PEDi Kg. Jeriah dengan kerjasama NZ Bunga Venture telah melaksanakan Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 9 pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 12:30 petang. Kursus tersebut telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Seramai 18 orang peserta telah menyertai kursus ini dimana 14 orang …

Read More »

Belajar Membuat Surat Perjanjian

Pada 31 Mac 2023, satu kelas individu telah diadakan. Puan Rabiyah binti Mahadi merupakan seorang usahawan PEDi Linggi yang mengusahakan perniagaan Homestay dan baru menceburi bidang Ejen Hartanah. Beliau datang ke PEDi Linggi untuk belajar cara membuat surat perjanjian jual beli dan perjanjian bayaran komisyen jualan. Kedua dokumen ini amatlah …

Read More »

Bimbingan Mengemaskini Akaun EzBiz

Pada 19 Mac 2023 (Ahad) beberapa orang usahawan telah datang ke PEDi Changkat Jering untuk mengemaskini akaun EzBiz Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Setelah selesai mengemaskini maklumat perniagaan mereka untuk membuat cetakan sijil SSM yang telah didaftarkan. Pihak PEDi telah membimbing usahawan untuk melakukan proses tersebut. Maklumat lanjut sila layari http://cjering.pimaxis.my/aktiviti/2023/EzBizMac.html

Read More »

Kelas Mingguan Shopee

Pada 31 Mac 2023, Penolong Pengurus PEDi Tanjung Piai telah mengadakan kelas asas mingguan Shopee bersama adik Nabilah Matsafi. Beliau merupakan usahawan baru yang bernaung di bawah kelolalaan pihak PEDi. Kelas yang diadakan secara mingguan ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi dan telah diadakan di bilik latihan. …

Read More »