Pendaftaran SSM

Pada 3 April 2023, Encik Aniq Naqiuddin telah hadir ke PEDi Linggi untuk belajar cara-cara mendaftarkan perniagaan beliau di SSM. Beliau adalah usahawan muda yang berhasrat untuk membuka perniagaan menjual santan. Berumur 21 tahun, Aniq telah berjinak-jinak menjadi usahawan dan menjual pelbagai produk semenjak di zaman sekolah lagi.

Selain belajar cara mendaftar perniagaan, beliau juga diberikan khidmat nasihat bagaimana cara untuk memilih nama perniagaan yang sesuai sebelum mendaftar nama perniagaan tersebut. Kelas yang berlansung selama 2 jam 15 minit tersebut diakhiri dengan sedikit penerangan mengenai peluang-peluang pembiayaan buat usahawan muda yang ditawarkan oleh kerajaan melalui SME bank memandangkan Aniq berminat untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau dengan membeli mesin yang memerlukan belanja yang agak besar.

Maklumat lanjut http://linggi.pimaxis.my/aktiviti/2023/PCAniqApr.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *