Latihan Asas Menaip

Pusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Khamis – 25 Mei 2023 – PEDi Repek telah mengadakan Kelas ICT: Latihan Asas Menaip yang disertai oleh pelajar Azwa Safrina Binti Che Hassan, 12 dan Alia Syafiqah Binti Ishak, 12 dari SK Sri Kiambang untuk mengenali komputer dengan lebih baik. Mereka mengambil masa untuk membiasakan diri menggunakan komputer dengan belajar menaip sebelum menggunakannya sebagai medium pembelajaran secara atas talian. Pertama sekali, kakitangan PEDi memulakan kelas ICT kali ini dengan berkongsi tentang cara menggunakan carian Google dalam mendapatkan bahan-bahan rujukan yang bersesuaian dengan usia untuk belajar menaip menggunakan sumber-sumber berkaitan.

Mereka juga diberi pilihan untuk menggunakan buku sebagai bahan rujukan untuk latihan menaip kali ini. Sebelum kelas dimulai, mereka diberi peluang untuk mengenali komponen-komponen komputer dengan lebih terperinci. Kemudian, kakitangan PEDi Repek meneruskan kelas dengan memberi tunjuk ajar tentang kegunaan simbol-simbol yang terdapat di papan kekunci dengan lebih jelas. Mereka berdua menunjukkan pemahaman yang baik setelah diberi masa untuk mempelajari dan menggunakan papan kekunci secara perseorangan bagi mempraktikkan segala ilmu yang dikongsikan. Justeru itu, kakitangan amat mengalu-alukan para pelajar setempat untuk ke PEDi berdekatan bagi mempelajari kelas-kelas ICT yang dianjurkan bagi melahirkan komuniti yang celik IT seiring dengan perkembangan teknologi era yang serba canggih ini.

Maklumat lanjut http://kgrepek.pimaxis.my/aktiviti/2023/TypingClasMei.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *