Buli Siber

Pada 26 Mei 2023, Jumaat yang lalu – PEDi Lawang telah bekerjasama bersama PEDi Batu Gajah dan PEDi Repek dalam satu sesi perkongsian secara langsung di Facebook untuk mengupas topik Klik Dengan Bijak (KDB) dengan tajuk Buli Siber yang dijalankan secara atas talian selama satu (1) jam yang bermula pada pukul 3.30 petang hingga 4.30 petang.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menyampaikan taklimat advokasi bagi memberi kesedaran terhadap masyarakat tentang bahaya dan risiko di dalam talian dan juga buli siber. Di dalam sesi pada hari tersebut, pihak PEDi telah menerangkan kepada komuniti apa itu buli siber di mana ia merupakan mesej, gambar, audio, video atau pos yang dikongsi di alam siber bagi tujuan menghina atau memperlekehkan orang lain. Ia dihantar melalui e-mel, laman sembang (chat room), laman sesawang dan apa jua aplikasi (apps) komunikasi dalam talian.

Seterusnya, staf PEDi juga turut menerangkankan bagaimana untuk mengenali pembuli siber ini serta bahasa yang selalu digunakan oleh pembuli. Staf PEDi juga turut berkongsi video berkaitan tentang buli siber dan memberi tip pencegahan bagi menangani buli siber. Antaranya adalah; jangan berkongsi butiran peribadi anda di internet. Awas dan waspada dengan nada dan makna mesej yang ditulis di mana ia boleh disalah tafsir. Yang ketiga elakkan menghantar atau memanjangkan mesej yang kesat atau berunsurkan ancaman.

Keempat, abaikan dan jangan balas mesej daripada pembuli. Seterusnya, padam atau hentikan penggunaan akaun atau profil ataupun platform laman rangkaian sosial sekiranya anda diugut atau diancam. Yang terakhir adalah laporkan perkara ini kepada guru, penjaga atau orang dewasa yang anda percayai. Kesimpulannya, buli siber tidak hanya tetapi ia berlaku di kalangan masyarat kita. Jika ugutannya melarat dan anda berasa takut, laporkan kepada pihak polis. Laporkan pada guru, jika anda seorang pelajar. Jadi, bijaklah berkongsi!

Maklumat lanjut http://kglawang.pimaxis.my/aktiviti/2023/CyberBullyMei.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *