Aktiviti Bina Bangunan dan Cipta Game

Satu program sempena cuti persekolahan telah dijalankan dan tujuan utama program ini adalah untuk memenuhi masa terluang pelajar-pelajar dengan menjalankan aktiviti yang berfaedah dan interaktif iaitu melalui aktiviti STEM (Bina Bangunan) dan IOT (Cipta Game menggunakan Scratch). Program diadakan berlangsung selama 5 jam dimana melibatkan dua sesi iaitu sesi pagi bermula 10.00 pagi sehingga 12.00 dan sesi kedua pada 2.00 petang sehingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 18 yang dihadiri oleh 13 orang pelajar.

Petugas PEDi memberikan penerangan serta tunjuk ajar berkenaan dengan aplikasi scratch yang akan digunakan untuk mencipta game ringkas iaitu game menangkap objek seperti buah epal, bola dan sebagainya. Pelajar berpeluang mempelajari cara untuk menggunakan coding yang betul dan sekaligus bagi memastikan peserta berjaya membina game tersebut. Setiap peserta diminta untuk menghasilkan game secara individual sambil dibantu oleh petugas PEDi dan peserta perlu memastikan game tersebut dapat berfungsi dengan baik.

Bagi sesi kedua peserta diberi penerangan ringkas mengenai aktiviti seterusnya yang akan dijalankan iaitu aktiviti STEM, dimana peserta perlu membina bangunan menggunakan tanah liat dan pencungkil gigi. Aktiviti ini dijalankan adalah untuk melihat kreativiti pelajar untuk menghasilkan sebuah bangunan menggunakan bahan yang diberikan dan melihat kekukuhan bangunan yang dibina.

Peserta perlu menjalankan aktiviti ini secara berkumpulan dan melalui aktiviti berkumpulan seperti ini, peserta dapat memupuk kerjasama diantara ahli kumpulan yang lain dan bersama-sama berusaha untuk menghasilkan bangunan yang menarik dan stabil. Diakhir sesi, peserta bergambar bersama hasil binaan mereka dan petugas memberikan komen serta penilaian pada setiap binaan tersebut.

Maklumat lanjut http://presint9f10.pimaxis.my/aktiviti/2023/STEMIOTJun.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *